Tuesday, April 24, 2018

Pengalaman di Pusat Asasi UiTM Dengkil

Assalamualaikum.

Macam mana keputusan SPM yang diumumkan haritu?
UPU dah isi ke belum? 
Masih keliru nak pilih kursus di UPU?


ASASI UiTM KAMPUS DENGKIL,SELANGOR



Baiklah sebagai pelajar Asasi Kejuruteraan di UiTM Kampus Dengkil 2017/2018, saya ingin kongsikan sedikit beberapa perkara mengenai Asasi UiTM yang diharapkan dapat membantu adik-adik lepasan SPM untuk membuat pilihan bagi menyambung pelajaran.



Sebelum tu aku nak share sejarah Pusat Asasi UiTM . Dulu asasi uitm ni tak sama tempat belajar dia.Contohnya asasi sains dengan engine dekat UITM Puncak Alam, asasi law dengan tesl kat UITM SHAH ALAM... haa camtulah.Tapi mulai tahun 2016,semua asasi ditempatkan kat kampus baru yang lagi cantik, moden, indah,nyaman, selesa dan macam2 lagi iaitu UiTM Dengkil,Selangor Darul Ehsan. Jadi tempat ni memang patut korang pilih nak sambung belajar..




TEMPAT


       Dengkil ni mesti korang ingat macam nama kampung kan? x pernah dengar pon dengkil kan. Korang jangan tertipu, dengkil ni tempat dia dekat dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Jadi tempat ni memang dekat kalau nak pergi keluar jalan2, kebanyakan student mmg akan pergi dua tempat ni lah untuk lepak dengan housemate,classmate, mahupun lepak berdua esp time weekend akibat terlalu stress dgn tutorial,assignment,lab report dan sebagainya..

Shopping mall yg paling dekat dgn dengkil adalah Dpulze, terletak di Cyberjaya, (naik grab pun  murah je dalam RM10 saiz X), Dpulze ni x besar sngt mall dia, tapi as a student ber berbaloi lah untuk korang x berbelanja banyak sngat duit di sini hahaha, But Dpulze still bnyk kedai and restaurant yg up to date jugak okay.. So kalau nk pergi Shopping mall yg jauh sikit ada juga iaitu IOI city mall, Putrajaya .Yang ni kalau naik grab dalam RM20 untuk saiz X.. Mall ni jangan cakap apa laa, memang semuanya ada.. IOI ni selalu juga penuh dengan student dengkil, esp bila duit elaun dh masuk, haa boleh lah berlanja banyak sikitt. tak dilupakan juga, ada Alamanda Mall terletak di Putrajaya juga. Mall ni lebih kecil la berbanding Dpulze, dan x banyak benda menarik sngt..




ASASI LIFE

      Dekat UiTM Dengkil ni ada 4 course tau, ada Asasi Sains, Asasi Engineering, Asasi Tesl dan Asasi Law. Untuk asasi Law akan ada 2 pecahan kod program iaitu PI005 dan PI007. Apa beza kedua-dua ni ? Baiklah, sila baca betul-betul. Semasa korang mengisi borang UPU tu nanti, make sure pilih kod yang betul either E600 atau E601. Untuk memilih PI005 , sila pilih E601 dan untuk memilih kod PI007 sila pilih E600. PI005 merupakan kod Asasi Undang-Undang UiTM manakala PI007 pula untuk Asasi Undang-Undang KPTM. eh ape ni macam anak tiri pulak KPTM ni. Bukan gitu.Kedua-dua kod ni ada kelebihannya. Untuk PI005, korang hanya boleh menyambung pelajaran pada peringkat degree di UiTM sahaja. PI007 pula, peluang lebih terbuka untuk menyambung pelajaran di universiti-universiti yang lain.

So student asasi ni ada dua sem belajar je tau. Untuk satu sem, korang ada 14 solid week utk korang belajar(tolak cuti semua) sebelum final exam. Hah tapi dua sem tu bukannya mudah korang nak hadapi. (struggle weh). Kalau nak tanya among 4 courses ni yang mana susah jawapan dia ialah semua course ada susah senang yang tersendiri, it really depends on how you handle the situation and to manage your time wisely.
So aku akan terangkan more specific untuk Asasi engineering & Science lah, sbb dua course ni x bnyak vbeza pun.. But for Asasi Law and Tesl aku akan explain sikit je lah, sbb aku tak arif sngat.

Okaylah, so di bawah ni subject yang akan korang belajar untuk asasi sepanjang 2 sem di sini:


ASASI ENGINEERING

SEM 1 (6 Subjek)

Physics I
Chemistry I
Mathematics I
Computer Science (CSC)
Tasawur islam(CTU) 
 English (ELC), bsically belajar silibus untuk MUET

SEM 2 (6 Subjek)

Physics II
Chemistry II
Mathematics For Engineers
Computer Science (CSC), Specific in Programming C++
Islam & Science 
English (ELC)


ASASI SAINS

SEM 1 (6 Subjek)

Physics I
Chemistry I
Mathematics I
Biology I
Tasawur islam(CTU) 
 English (ELC), bsically belajar silibus untuk MUET


SEM 2 (6 Subjek)

Physics II
Chemistry II
Mathematics For Scientist
Biology II
Islam & Science 
English (ELC)


ASASI LAW

SEM 1 (7 subjek)

1.    ELC080
English for Foundation Studies - subjek ni sebenarnya macam MUET which consist of speaking, reading, listening and writing elements. Belajar cemana nak ace MUET. Yelah , kan MUET sangat penting untuk permohonan ke peringkat degree
2.    ELC091:
Critical Reading and Reasoning for Foundation Studies - subjek ni mengajar kita untuk berfikir secara kritikal (cemana nak cari claim, reasons and evidence in a passage blablabla) tak susah pun
3.    CSC134:
Computers and Information Processing - belajar basic dalam IT . Subjek ni menarik kalau korang minat. Kira macam escape kejap lah daripada stress belajar subjek law yang lain tu
4.    LAW038:
 Legal Research and Information Processing Skills-THE EASIEST SUBJECT. Senang nak score A-dengan syarat kau revise la. Belajar tentang library, citation APA dan MLA.
5.    LAW012:
 Introduction To Law 1 – Subjek ni … banyak ajar tentang ahli falsafah undang-undang. Mana datangnya undang-undang tu. Nanti korang akan jumpa la nama-nama macam Winston Churchill, Max Webber, HLA Hart.
6.    LAW016
Introduction to Malaysian System of Government and Politics – BEST. Serious best. Sebab, first part korang dah belajar dalam sejarah di sekolah menengah. Second part, korang belajar tentang jenis-jenis kerajaan yang wujud, system yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia dan apa yang ada dalam sistem tu. Contohnya, demokrasi kan ada tiga organ penting – judiciary, executive & legislative. Dalam subjek ni jugak korang belajar tentang doktrin pengasingan kuasa (it sounds so awkward in bahasa xD)
7.    CTU085
Tasawwur Islam – Untuk semester pertama kena hafal surah al-Mulk. Kalau korang kenal Ustazah Asmak Husin , hah itulah ustazah aku untuk subjek ni. Dia insan yang sangat fun, biasalah ‘retis’


SEM 2 (8 subjek)

1.    ELC092
Communicative Skills for Foundation Studies – Persuasive Speech, Forum dan Debate. Subjek ni takde final exam. 100% bercakap je . Masa ni lah nak asah bakat. Kata nak jadi lawyer....
2.    ELC093
Academic Writing for Foundation Studies – Ada dua term paper yang korang kena buat + final exam. Kalau elc092 subjek bercakap, ni pulak subjek menulis.
3.    CTU086
Asas-asas Syariah – fiqh, syariah ; fiqh ibadah je untuk subjek ni (solat, puasa etc)
4.    LAW037
Introduction to Law II – Subjek ni lebih kepada belajar tentang sistem perundangan... dapat Mr Waseem ajar lagi best hahahahhahahahahaa bias gilaaaaaaaaaa (Mr Waseem is my lecturer for this subject)
5.    LAW087
Introduction to Law III – Contract, Law of Torts & Criminal [Killer subject] sebab ada 3 part dan banyak yang perlu dihafal
6.    LAW039
Introduction to Social Psychology and Criminology - ........ no comment ........
7.    LAW088
Contemporary Legal & Global Issues – Globalization, NATO, UN , Terrorism . untuk subjek ni, kena banyak baca isu semasa
8.    ECO099
Introduction to Economics – Basically a ‘bonus’ for art students yang ambil prinsip ekonomi during SPM.

ASASI TESL

will be update



      So basically for student in Asasi Engineering & Science , subjek CTU and ELC ni mcm subjek tambahan untuk cukupkan credit hour je rasanya.Tak termasuk pun dalam cgpa utk mohon UPU nnti tp still kena perform lah. Haa so kat sini aku nak cakap, nnti setiap kali final exam, korang akan dapat 2 pointer, iaitu satu pointer UiTM ( akan kira grade in all 6 subjek) jadi bolehlah dikira dengan jari bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UiTM. Yang kedua  Pointer UPU pula berdasarkan 3 subjek iaitu Matematik wajib dan dua lagi subjek sains terbaik. Jadi boleh fokus hanya pada dua subjek sains, misal kata tak minat Fizik yang asdfghjkl beribuuu formula nak diingat, boleh fokus dan dapatkan A untuk Kimia dan Biologi untuk 4.00 flat UPU. Bilangan pelajar yang dapat 4.00 flat UPU sangatlah ramai belum tengok pelajar pasum & matrikulasi lagi, besar saingan.




KEMUDAHAN

    Firstly srs cakap, memandangkan UiTM Dengkil ni baru 2 tahun lebih, jadi semestinya kelengkapan, keadaan infrastruktur dia mmg masih lawa lagi. And dekat dengkil ni korang tak akan penat nak ke kelas, sbb setiap blok akademik  ada lift. Di sini Ada 3 blok Akademik, Blok Dinamik 6 tingkat,Blok Etika 5 tingkat Blok Progresif 4 tingkat, tapi kalau nak rasa gaya hidup sihat, atau dh terlambat ke kelas korang boleh je naik tangga. tangga kat dengkil pun mmg luas and besar, hahaha.. Dan Bangunan Pentadbiran pulak ada 11 tingkat, di sini lah terletak bilik bilik semua lecture untuk 4 course asasi. hampir 200+ bilangan lecture di sini. 

Di UiTM Dengkil, Kolej Kediaman untuk lelaki dipanggil Kolej Tualang (Ada 3 blok) dan untuk perempuan dipanggil Kolej Dahlia( Ada 3 blok). basically sangat lah untung siapa yang dapat Kolej Tualang 1 / Kolej Dahlia 3, sbb ini lah kolej yang paling dekat dengan bangunan Akademik,Perpustakaan,BIlik Bacaan..Di Kolej Tualang ada 7 aras, tapi jangan risau ada lift juga!! manakala di Kolej Dahlia ada 8 aras, dan ada lift jugak!! Dekat sini satu rumah ada tiga bilik, satu bilik 2 orang. maksudnya korang akan ada 5 org housemate lah..  

And ada dua toilet di dalam rumah sendiri (haa special sikit, x yah berjalan keluar bilik mcm kat asrama dulu hahah) and satu ruang study. Ruang study tu lah kita nak study ke nak makan ke, nak gosok baju ke hah ikut koranglah nak buat apa pun. Bilik tu just untuk korang tido. (ada je yg study dalam bilik) ikut keselesaan masing masing lah. ada balkoni untuk jemur baju sekali pun,yg ni saiz x besar sngt, so pandai pandai lah amik giliran yaa.. kalau malas sngt ada je mesin dryer baju dekat sebelah washing machine (Dekat ground floor)..UiTM ni sangat bagus yaa sbb dia asing meja study and bilik tido supaya xdelah ganggu roommate nak tido.boleh roomate tdur dalam kegelapan dengan tenang.. hehe. 

Kat sini ada banyak je tempat makan, dari yang murah sampailah ke mahal sikit contoh macam kedai makan kat anjung, palma(cafe) ,bakeri, Tapi masa zaman batch aku cafe palma tu tak buka pun utk both sem, but cafe tu selalu digunakan lah utk buat apa apa event yg rasmi and ada makan makan gitu.. For my opinion, kedai yg sedap dekat anjung dengkil tu is kedai nasi ayam penyet , ida sizzling hotplate. and kalau untuk air pula air penumbuk(punch)  dkt sebelah engineer cafe. Dekat anjung tu macam macam ada bakeri, butik, kedai runcit, kedai print.

So okaylah kalau korang bosan duduk nak lepak lepak kejap hah boleh je. Dah stress stress tu habis kelas menyinggah lah dulu.  So utk pengetahuan korang Anjung Dengkil ini lah tempat semua kedai kedai makan dan minuman pelbagai jenis ada dijual di sini, dengan harga yang berpatutan!!! Anjung ni 2 tingkat, bhgian bawah ada 14 buah kedai jual makan minum manakala bhgian atas ada 1bakery, kedai jual alat tulis/fotostat/print  sebanyak 4 kedai, kedai runcit ada 2, 1 kedai jual waffle,fries,ice blended, 1 kedai utk postage and penerimaan brng  (baru bukak time 2018), 2 atm bank(bank islam,bank rakyat), 3 surau, and ada 2 lift jugaa (Even 2 tingkat) hahahaha.. #uitmdihatiku

Dekat sini pun ada bas kalau korang nak hangout dgn kawan kawan, nak pergi ioi ke, dpulze ke, alamanda ke, putrajaya ke. Tapi ramai juga student naik grab je sebab terus sampai ke destinasi . Kalau bas tu dia ada perhentian perhentian dia. Tu yang susah sikit arr. Kalau korang nak keluar masuk gate UiTM ni kena lalu pb(polis bantuan) so jangan lupa pakai kad matrik okay. Kalau tak PB bising. Dapat pb yg okay okaylah, dapat yang dari 100 meter pun dia nampak korang xpakai kad matrik habislah korang kena jerit. And start batch abang , time sem 2 2018, setiap kali nak keluar gate, kena scan card dekat komputer, so mcm nnti pb dpt tahu lah sapa yg keluar x balik balik ke apa ka. haa gitu. hahahaha So asasi dengkil ni ada peraturan sikit laa, dimana korang hanya boleh keluar lepas 7 pagi dan kena balik sebelum 11malam. kalau balik lambat kena tahan lah dgn pb jawabnya..

but mostly student setiap kali weekend  akan overnight dekat luar la. mcm aq dulu selalu laa keluar start dri jumaat petang then lepak kat luar dgn member gi mandi kolam ke lepak mcD marathon movie kat mcD ke lepakStarbucks ke lepak tasik putrajya ke banyak lagi lah aktiviti yg korang boleh plan !!!! nnti korang perlu discover sendiri lah, srs banyak lagi tempat menarik dekat area dengkil,cyberjaya and putrajaya tu.. and of cos dh nama pun Overnight kat luar of cos lah  tak tidur smpai lah pagi sabtu.. So around 8.30 pagi baru lah semua geng geng burung hantu ni pakat masuk balik ke UiTM then baru start qada' tdur smpai petang hahahaha.. perkara ni sngt lah biasa dilakukan oleh bnyk student di dengkil, and ni lah time korang spend masa dgn housemate,classmate semua laa, and ini lah moment yg akan dirindui bila dh habis asasi nnti huhu..


BELAJAR

      Haaa... dok citer pasal tempat jer. sekarang nak cerita pasal belajar pulak. belajar kat sini senang je kalau korang x main2 sangat. lecturer sangat best dan sporting. korang akan ditempatkan mengikut kumpulan2. satu kumpulan ada 30 orang student. BIasanya kalau  kelas untuk asasi sains average perempuan 22,lelaki 8 . manakala untuk asasi engineering, average lelaki 22, perempuan 8, kalau asasi tesl and law average perempuan 17 lelaki 7.. haa gitu lahh.. so nnti dekat dengkil ni, bila korang nampak sesuatu group dlm kelompok yg selalu lepak dekat anjung ke PTAR(library) ke padang maksiat ke(haa nnti korang discover sendiri padang ni) so korang dh boleh agak dh itu group dri course mana.. nk tau mcm mana senang sngt korang dpt detect?? haa nnti dh lama korang kat dengkil, korang akan rasa vibes tu sendiri. hehehe



okay so aku rasa smpai sini je lah yg aku boleh share tentang UiTM Dengkil ni. nnti dh jadi student dengkil rajin rajin kan lah diri utk join event yg dibuat oleh  every club, sbb kena kumpul kupon juga(kupon ni mcm markah kokorikulum lah) 

so senang cerita, mula mula susah sikit nak adapt yela student diploma study 3 tahun tapi kita study 1 tahun. so laju lah juga. tapi takpe. jangan pernah menyerah kalah. kena percaya setiap yg Allah tentukan itulah yg terbaik untuk kita. So good luck okay adik adik!!  hehe. and doakan abang juga untuk ke degree nanti insyaalah di UTM dlm bidang Software Engineering..

BTW, nnti rajin rajin lah guna #budaklangit #langitdengkil..sejujurnya langit dengkit mmg lain dari langit tempat lain ,hahahaha nnti korang cari and discover sendiri ye!! bye #uitmdihatiku

bawah ni antara scenery dan infrastruktur yang ada dkt uitm dengkil. 


                                                                             BANGUNAN AKADEMIK







PUSAT ISLAM




KOLEJ KEDIAMAN

Image result for uitm dengkil klej

Image result for uitm dengkil klej

Image result for sunset dengkil






ANJUNG DENGKIL

Image result for uitm dengkil anjung

Image result for uitm dengkil anjung






Okay agak agak kau dah bosan dengan kehidupan kat dengkil ni kau boleh lah keluar dari kampus, cross the road elok2 kay pandang kanan kiri kanan kiri pastu takde kereta baru lintas ye. Jalan sikit lepas satu deretan kedai jalan lurus lagi ko akan nampak 7eleven, dobi and kedai mamak. Fast food kat sini yang paling dekat is KFC. TU PUN KAU KENE JALAN JAUH SIKIT (better naik grab rm4 je) . On thursday dengan friday selalunya akan ada pasar malam yang jual makanan pasar malam ah. Kedai lain yg aku suggestkan koran wajib try adalah Malee Seafood, Restoren Gegey,Restoren Kak Wok,Cendol Borhan, SEMUALAAAA TRY SEMUAA BEST TAK KAN MENYESAL MASUK DENGKIL SUMPAH ENJOY JE LIFE JGN STRESSS SNGT STUDY, KALU STRESS TURUN RIADAH,KALAU MALAS JOGGING, BOLEH SEWA BASIKAL KAT STOR SUKAN, (BASIKAL KAT DENGKIL BUKAN MURAH OKAY, SRS CKAP BASIKAL YG MAHAL MAHAL AND SEMUA YG JENIS ADA GEAR OKAY #uitmdihatiku !!!!!

any questions boleh tanya kalau aku ada masa aku jawab :")